Tuesday, March 25, 2014

Warkah Pencen Untuk Abah...


Dear Abah ,

Hari nie mengikut pengiraan owg lagi 7 hari abah nak pencen. Mesti abah excited sangat kan. Yerla.. kalau dulu masa kami kecik-kecik sangat jarang nampak muka abah. Masa owg lahir pun abah takde. Takpe , dari dalam perut lagi owg faham abah pergi mencari rezeki.

Tapi , walaupun abah sibuk , owg tak kisah sebab abah cuba sedaya upaya abah untuk bersama anak-anak abah terutama bila hari jadi , hari raya , berbuka puasa bersama dan paling owg tak boleh lupa adalah hari anugerah cemerlang owg mase tingkatan satu *walaupun abah datang tapi abah tidur dalam kereta sebab kepenatan bekerja waktu malam , ( takpe owg faham , ada kes malam tu yang abah perlu selesaikan )

Sekarang , abah dah boleh rehat di rumah , dah boleh sentiasa ada di rumah , dan sekarang mungkin abah rasa cepat nya masa berlalu.. dah besar anak-anak abah sebab bila abah sentiasa ada di rumah..anak-anak abah takde kat rumah , kami pula yang menggalas tanggungjawab abah yang dulu mencari rezeki . Cepat nya masa berlalu...itu yang terdetik di hati abah kan? tapi sebenarnya bukan masa yang berlalu dengan pantas...tapi masa yang abah ada dulu terlalu kurang hingga kami membesar tanpa mengikuti masa yang abah ada. Takpe , kami faham masa abah untuk sesuap nasi bagi kami dan masa abah juga untuk mereka di luar sana yang memerlukan pertolongan abah.

Ma kata kalau orang dulu-dulu suruh anak-anak kerja kerajaan sebab senang masa hadapan walaupun dah pencen sebabnya bila kita tabur budi , orang akan termakan budi , jadi sampai pencen pun kita akan senang dengan budi orang. Tapi bagi abah tidak. Abah sentiasa cakap "kita hidup jangan mengharapkan pembalasan dari orang bekerja kerana itu sumber kita , bekerja kerana orang yang memerlukan kita bukan untuk kesenangan semata-mata " Ya , owg akan ingat sampai bile-bile.

Walaupun kerja abah di kecam ramai pihak , abah masih memberikan pertolongan tanpa abah memikirkan keluarga abah sendiri. Tatkala baru nak melelapkan mata , terima panggilan pukul 1 pagi , abah masih gagah kan diri untuk keluar berkhidmat. Kadang-kadang pukul 3 pagi baru sampai rumah , tak sempat untuk melepaskan lelah , abah masih sahut panggilan bagi yang memerlukan pertolongan.

Owg kagum dengan ketabahan abah bekerja. Sepanjang 24 tahun owg dengan abah tak pernah sekali pun owg dengar rungutan kerja abah. Malah abah banyak berkongsi pengalaman abah bekerja , bagaimana menangani orang awam , orang atasan , pesalah atau tertuduh. Untuk mereka abah berusaha untuk menolong selagi yang termampu.

Tapi sekarang abah boleh berehat di rumah , boleh teman and habiskan masa dengan ma. Macam abah kata dulu "waktu pencen abah adalah masa untuk abah tebus masa-masa yang sepatutnya abah spend dengan ma dulu". Abah dah boleh berkebun macam yang abah suka , buat perkara-perkara yang abah suka buat dulu. Tapi abah jangan risau , walaupun kami jauh dari abah , kami tetap pulang untuk meluangkan masa dengan abah and ma. Owg takkan biarkan masa berlalu macam tu saja.


with love ,

your daughter.




No comments:

Post a Comment